TERIMA KASIH BERSAMA NYAMUK BANDAR

Hari Tamat Perkhidmatan Aku

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Tiap-tiap ada pangkalnya sudah pasti ada hujungnya, tiap-tiap bermula ada akhirnya..... begitulah juga dengan aku, pada 22 May 2009 hari terakhir aku berkhidmat di KRPM rasa berat juga aku meninggalkan tempat kerja yang sekian lamanya aku bekerja dan juga kawan-kawan dan juga sahabat handai. Walau pun ada waktunya pahit diterima dan tak kurang juga manis dirasai.
Hari ini dalam sejarah, pada 22 Mei 2009 (Jumaat)
maka berakhirlah aku berkhidmat dgn KRPM, photo aku thumb print
buat kali yang terakhir (dalam usia 56 tahun) Aku diraikan dalam majlis makan malam Sea Food di Sunway
pada malam 23 May 2009 bertempat di Flangmingo Sea Food

Pada malam itu sukar aku lupakan akan perpisahan itu
sahingga ke saat ini.....
Semasa nak datang ke Sea Food ini aku tersesat jalan, entah
beberapa kali aku berpusing dekat Sunway ni, seingat aku 3 kali
baru jumpa tempat tu, sebabnya biasanya datang ikut jalan lain...

Aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada kawan-kawan
semua, 3 orang ajer dari cawangan Field, yang lain tu semua dari
Account Dept.

Perpisahan

meneruskan langkah
mencoba mengukir asa
sudahkah aku ungkapkan semua?

mengurai air mata
menutur rasa bahagia
bisakah aku tundukkan kepala?

sedalam hati bicara
jujur sedalam rongga dada
terimakasih tiada tara pada semua!

banyak hal telah terungkap
sedikit banyak menyusun puzzle di kepala
inspirasi – implementasi – kreasi
jalinan ide dari tempat ini

sudahkah aku ungkapkan semua
sedalam hati bicara
tanpa mengurai air mata?

sedikit banyak jalinan ide dari tempat ini
telah membuat puzzle di kepala
yang terus akan kususun
saat aku meneruskan langkah
selamat berpisah sahabat & kawan
kita .... hanya berpisah jauh d'mata
tapi dekat d'hati !!!! . . . . . .
persahabat kita tetap abadi . . . . .
Ada perkara yang tak bolih aku lupakan, semasa selesai majlis tersebut, aku terima hadiah yang tak bolih aku lupakan iaitu dakapan mesra dari kawan aku, huh.... aku tak sangka sama sekali, terima kasih...... daun keladi !!!!!!

No comments:

Post a Comment